Sunday, February 24, 2013

MESTI BACA!! NIK AJIS NYANYOK PULA MENGGELARKAN DIRINYA BINATANG...!!!

nik-aziz1

Satu penghinaan, melampau dan keterlaluan itulah antara reaksi yang diterima dari masyarakat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan yang menyamakan penerima bantuan kerajaan seperti haiwan.

Begitulah nilai masyarakat pada pandangan Menteri Besar Kelantan itu yang memberikan perumpaan terhadap usaha murni kerajaan dalam memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

Yang peliknya, sekiranya kerajaan pemerintah pimpinan BN/Umno gagal menjaga kebajikan rakyat, mereka dengan pantas akan mengatakan bahawa kerajaan zalim dan tidak berhati perut. Namun apabila kerajaan berusaha untuk membantu mengurangkan beban rakyat, disamakan pula dengan binatang.

Buat salah, tak buat pun salah. Inilah pendekatan pakatan pembangkang, yang cuba mempengaruhi minda rakyat, kononnya hanya mereka sahaja yang mampu untuk mengurus tadbir kerajaan di negara ini.

Tambah menghairankan, Nik Aziz langsung tidak menyebut pendekatan kerajaan Selangor yang dilihat turut mengunakan pendekatan bantuan kewangan seperti elaun ibu tunggal, elaun tadika, air percuma dan sebagainya. Apakah mereka ini juga boleh dikategorikan binatang?

Itu belum lagi diambil kira terhadap penyokong dan pengikut pakatan pembangkang yang berpusu-pusu hadir ke program penyampaian bantuan oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini. Mereka dengan muka toye (sejenis mimik muka yang tidak bermaya, annoying dan bila orang tengok rasa nak lempang) hadir di program penyampaian bantuan walaupun sebelum ini mereka antara yang hebat memaki hamum pemimpin kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

Namun itu bukanlah salah mereka, kerana pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini telah mendoktrin pemikiran mereka dengan pepatah ‘beri kain ambil, beri duit ambil, tapi bila undi, pangkah pakatan’.

Mereka juga telah menanamkan pemikiran di minda penyokong dan pengikut mereka bahawa ia bukan wang BN/Umno, tetapi merupakan wang rakyat. Oleh itu adalah bukan merupakan satu kesalahan untuk menerima sumbangan tersebut walaupun ia telah diusahakan oleh kerajaan pemerintah.

Penulis tidak berhasrat untuk mengambil berat terhadap kenyataan Nik Aziz ini, kerana rasa hormat terhadap dirinya telah lama hilang. Ia bermula, sejak dia menyamakan Allah dengan samseng, mengatakan tuhan juga mencarut dan pelbagai lagi fatwa songsang dan mengarut suatu ketika dahulu.

Namun penulis hanya merasa kesian terhadap pemuja dan mereka yang taksub terhadap Nik Aziz sambil membayangkan, mereka yang menerima wang pemberian kerajaan BN/Umno ini telah membelanjakan untuk membeli barangan makanan untuk keluarga di rumah.

Hanya kerana kepentingan politik, mereka ini telah disamakan dengan haiwan sedangkan manusia adalah merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung lengkap dengan akal dan fikiran berbanding ciptaan lain. Ia selari dengan firman Allah swt di dalam al-Quran :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” surah al-Tin, ayat 4.

Cuma satu persoalan yang perlu beliau jawab, bagaimana pula dengan pemberian yang diberikan kepada pengundi ketika pilihanraya kecil Galas yang lalu. Apakah ia juga dikira sebagai sumbangan kepada binatang, atau sebaliknya.

Kesimpulannya, Nik Aziz hanyalah merupakan pimpinan politik yang bercakap atas kepentingan parti yang diwakilinya semata-mata. Dan sebagai pemimpin politkik, sudah menjadi lumrah sebarang ‘fatwa’ yang dikeluarkan adalah untuk memastikan kelangsungan parti di dalam pakatan pembangkang.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

No comments:

Post a Comment