Monday, April 8, 2013

Nik Abdul Aziz pertahan kenyataan pahala solat orang UMNO tidak diterima..!!!

Nik-Abdul-Aziz-pertahan-kenyataan-pahala-solat-orang-UMNO-tidak-diterima

KOTA BAHARU, (Bernama) -- Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahan kenyataannya bahawa pahala solat anggota Umno tidak diterima Allah swt kerana menolak dasar Islam. 
Beliau turut mendakwa bukan sahaja solat anggota Umno tidak diterima Allh swt, malah solat mereka yang memberi sokongan kepada parti itu juga tidak mendapat pahala. 

"Orang Umno maknanya orang tolak Islam. Bila tolak Islam maknanya tolak Allah. Sebab itulah kita (PAS) terima Islam kerana Islam serba molek," katanya kepada pemberita selepas melancarkan projek pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar Kelantan di Kubang Kerian di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz semasa berucap pada ceramah di Kampung Jambu, di sini pada 4 April lepas, mendakwa sembahyang orang Umno tidak mendapat pahala kerana parti itu menolak dasar Islam dan mengamalkan dasar kebangsaan dalam pemerintahannya. 

Beliau juga turut mendakwa pelbagai projek yang dilaksanakan kerajaan pusat di Kelantan semata-mata untuk ''mengenyangkan'' beberapa kontraktor yang dilantik menguruskan projek itu. 

"Dia (kerajaan pusat) buat masjid, bukan hendakkan Islam... nakkan kontraktor sahaja. Yang pentingnya, kenapa tak beri projek pusat dikendalikan oleh kerajaan Kelantan? Kerana apa melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan)?. "Tentu ada benda, sambil menyelam, sambil minum. Umno ini sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri), bukan setakat minum sahaja," dakwanya. 

Mengenai manifesto BN yang dilancarkan semalam, Nik Abdul Aziz berkata aku janji BN itu mengarut kerana dasar parti berkenaan yang menolak Islam. 

"Buat la apa sahaja pun, asalkan tolak Islam, semua mengarut," katanya. 

1 comment:

  1. 10 golongan orang Islam yang tidak diterima solatnya http://www.youtube.com/watch?v=NgBjtBeZ4ug
    Kat sini tak sebut orang tu dari parti mana2 pun. Nik ajis kena belajar lagi le.

    ReplyDelete