Thursday, February 28, 2013

KONVENSYEN PAKATAN HARAM TIDAK MENDAPAT SAMBUTAN!!!

pr-hambar

Di saat ini, pimpinan pakatan pembangkang sedang ‘pecah kepala’ memikirkan pelbagai cara dan kaedah terbaik bagi memastikan rakyat dapat ditipu lagi dengan janji manis di dalam ‘manifesto bukan janji’ yang telah di bentangkan ketika konvensyen baru-baru ini. Ini kerana kegagalan mereka dalam memastikan rakyat terpedaya dengan tawaran ‘manifesto bukan janji’ itu bakal menyebabkan percubaan mereka merampas Putrajaya gagal di realisasikan.


Namun di masa yang sama, mereka masih merasa gentar apabila melihat kehadiran yang hadir ke konvensyen tersebut tidak seperti yang diharapkan. Ia secara jelas memberikan mesej bahawa perjuangan dan ideologi pakatan pembangkang belum diterima masyarakat secara keseluruhan.



Konvensyen yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini, dikatakan hanya dihadiri sekitar 1000 – 1200 orang sahaja. Berbanding laporan yang dikeluarkan oleh portal rasmi DAP, The Rocket yang mengatakan ia di hadiri oleh hampir 3000 orang.

Dan sudah menjadi resam, buat portal dan media pembangkang untuk ‘bermain’ dengan angka kehadiran setiap kali program pembangkang diadakan, Ia bertujuan bagi menunjukkan kononnya setiap kali pembangkang mengadakan program ia mendapat sambutan yang hebat dari rakyat, walaupun pada hakikatnya ia adalah sebaliknya.

Lebih menarik perhatian, bila portal pembangkang Malaysiakini langsung tidak melaporkan jumlah kehadirin pada program tersebut dan hanya memfokuskan kepada ‘manifesto bukan janji’ pakatan pembangkang yang dilancarkan sejurus selepas konvensyen tersebut diadakan.

Sekiranya benar, pendekatan dan ideologi pakatan pembangkang mula mendapat tempat di hati sebilangan besar pengundi dan masyarakat di negara ini, masakan program yang begitu penting ini gagal menarik kehadiran puluhan ribu orang.


Berbalik kepada isu kehadiran, rationalnya sekiranya kita melihat dari gambar yang di ambil dari pemandangan atas ketika program yang diadakan itu berlangsung, jumlah kehadiran yang diadakan itu tidak seperti yang dilaporkan.

dap lapor

Mari kita perhatikan dengan lebih terpeinci lagi, dewan tempat berlangsungnya kovensyen tersebut hanya mempunyai keluasan 408 meter persegi dengan ukuran 24m x 17m. Dan secara dasarnya ia hanya mampu memuatkan kira-kira 730 buah kerusi sahaja.

Seterusnya melalui penelitian yang dibuat terhadap gambar tersebut, kerusi para tetamu telah dibahagikan kepada 5 bahagian. Di setiap bahagian pula mempunyai anggaran 20 baris yang mana setiap satu baris mempunyai sekitar 12 kerusi. Dengan pengiraan mudah 5 (bahagian) x 20 (baris) x 12 (unit kerusi setiap baris), maka kita akan mendapat anggaran jumlah tempat duduk yang disediakan hanyalah sekitar 1,200 orang sahaja.

Dan gambar keseluruhan program yang diterima pula, menunjukkan dewan tersebut gagal dipenuhi dengan kehadiran seperti yang dilaporkan. Namun sekiranya kita mempersoalkan jumlah yang dinyatakan ini, sudah pasti mereka akan menjawab sebilangan besar hadirin lagi berada di luar dewan.
konvensyen

Jawapan klise yang sering diterima dari pimpinan pembangkang bagi menyokong hujah seperti yang dilakukan ketika program kebangkitan rakyat, bersih dan sebagainya. Mungkin disebabkan atas dasar ini, penurunan indeks kebebasan media di negara ini sedikit menurun seperti yang dikeluarkan oleh Freedom House, ekoran dari penipuan laporan yang sering dikeluarkan oleh media pembangkang.

Dan yang paling menghairankan, di mana pakar matematik pakatan pembangkang, Prof Dr Shahrir Md Zain yang sebelum ini membuat pengiraan berhubung kehadiran semasa program himpunan yang lalu? Atau mungkin juga beliau tersilap letak ‘kalkulator’ (mesin kira-kira automatik) yang pernah digunakan sebelum ini.

Ia mungkin juga antara sebab mengapa pakatan pembangkang enggan mengumumkan calon perdana menteri sekiranya berjaya merampas kerajaan persekutuan kelak. Ia bagi mengelakkan kemarahan pengikut dan penyokong mereka khususnya dari Pas terus menolak Anwar sekaligus memberikan undi sabotaj kepada pakatan pembangkang.

GEMPAR..!! BUKTI LIGA BOLASEPAK MALAYSIA 'DIPERJUDIKAN'..!!

Benarkah wujud aktiviti pertaruhan dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2013? Susah untuk merungkai perkara tersebut. Mungkin benda ini sejak dulu lagi ada dan tak pernah berhenti. Gila judi memang takkan serik punya. Ini gambar kertas pertaruhan yang menjumpai kertas betting yang di buang oleh salah seorang warga Singapura di Stadium Larkin untuk perlawanan DTFC vs Perak Januari lepas.


Mungkin kita belum nampak lagi kesan aktiviti tidak sihat si kaki-kaki judi ini terhadap perkembangan Liga Malaysia. Tetapi percayalah dengan kembalinya keghairahan peminat bola sepak Malaysia terhadap liga tempatan serta atmosfera bola sepak Malaysia yang semakin menarik sejajar dengan kemajuan pasukan kebangsaan baik Harimau Malaya atau Harimau Muda, aktiviti judi ini akan turut kembali ligat.

Dan bila kegiatan tidak bermoral ini tidak terkawal, akan hebohlah rumors yang mengatakan wujudnya aktiviti menjual perlawanan. Akhirnya, sekali lagi skandal rasuah 1994 yang membawa kepada zaman kejatuhan bola sepak Malaysia akan berulang.


SELAMATKAN BOLASEPAK MALAYSIA..!!!!

Wednesday, February 27, 2013

LAWAK..!! SALEH YAAKOB & NABIL RAJA LAWAK MENGANJING PAKATAN RAKYAT!!



Manifesto bukan lah janji dan kenyataan ini disokong oleh semua kepimpinan Pakatan Pembangkang. Tetapi kelmarin Pakatan melancarkan Manifesto baru untuk sekali lagi menipu rakyat Malaysia sepertimana yang mereka lakukan pada Pilihanraya 2008 yang lalu.

Gomo nak ingatkan kepada semua sememangnya janji janji manis Pakatan Pembangkang amat manis untuk kita hayati. Namun janji tersebut sekadar dihayati sahaja kerana untuk menikmati janji yang ditabur pakatan pembangkang belum tentu ianya dapat kita perolehi.

SUMBER - PAPAGOMO

NUAR SUKA MENJUBO vs TRANSFORMASI NEGARA NAJIB...mana satu pilihan anda???

janji-ditepati-2

Di Malaysia terdapat dua pertandingan parti yang dilihat membawa agendanya tersendiri untuk memikat hati rakyat yang sentiasa menilai siapa baik dan siapa tidak baik. Rakyat menjadi pengadil kepada pertandingan yang diadakan bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

Bagi pihak kerajaan, slogan “janji ditepati” merupakan ayat-ayat yang rakyat sedia maklum bahawa setiap janji atau manifesto kerajaan pasti akan ditepati. Sebaliknya bagi pihak pembangkang pula, sentimen meniup semangat kebangkitan rakyat agar menentang kerajaan dipertaruhkan bagi mencapai matlamat politik sempit.

Dapat kita lihat dua perbezaan dalam perjuangan politik Malaysia yang dilihat agak kotor kebelakangan ini berbanding pada PRU yang lepas. pelbagai agenda yang pembangkang  aturkan dengan tujuan untuk meniup semangat kebangkitan rakyat. Pelbagai cerita disebarkan tanpa mengambil berat kesahihan cerita tersebut.

Bagi kerajaan, prinsip perlaksanaan “janji ditepati” dilihat berjalan secara sederhana tanpa menghasut pengikutnya untuk membenci dan mengecam pihak pembangkang, malah hanya berkempen untuk memastikan rakyat sentiasa berpuas hati dengan kredibiliti kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan prinsip “kebangkitan rakyat” yang jelas dapat dilihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kebanyakan melaungkan kebencian terhadap kerajaan dan membuatkan semangat pengikut-pengikutnya membuak-buak bencikan kerajaan. Ianya berlaku di pentas-pentas ceramah dan di alam maya blog atau facebook.

Cuba anda bezakan dua perjuangan parti politik untuk mencapai matlamat masing-masing ini. Pasti anda sebagai penilai dapat melihat bagaimana suasana politik di Malaysia sekarang. Perjuangan untk rakyat adalah untuk membela rakyat dan memastikan rakyat selesa hidup di Malaysia. Tetapi kenapa pembangkang perjuangkan rakyat dengan cara meniup rasa kebencian kepada kerajaan pemerintah?

Adakah sikap pembangkang merupakan sikap mulia dan boleh ditunjukkan sebagai perkara yang positif? Anda sebagai rakyat boleh tentukan. Dua misi parti politik di Malaysia jelas kelihatan sekarang. Tiada perkara yang tersirat dapat dilihat dan semuanya dilakukan secara terang-terangan semata-mata untuk meraih undi dan simpati rakyat.

Apa yang harus anda nilaikan, di manakah silapnya permainan politik yang tampak jauh perbezaan ini? Kerajaan yang sentiasa memperjuangkan rakyat dan pembangkang yang ingin menjatuhkan kerajaan yang selama ini bertungkus-lumus membela rakyat.

Kini pilihan di tangan anda. Adakah anda memilih kerajaan yang sedia ada dengan perjuangan bersih semata-mata untuk rakyat atau pembangkang yang hanya tahu menghasut rakyat untuk membenci kerajaan. Dua perjuangan yang pastinya banyak perbezaan dan anda perlu pertimbangkannya.

Tuesday, February 26, 2013

PAS Telah Kafir Kepada Allah - Zulkifli Nordin


Zulkifli Noordin kecam PAS kafir Pada Allah kerana sanggup menggadaikan kalimah Allah semata-mata untuk menyokong parti kongsinya iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Beliau berkata, fatwa kebangsaan diperingkat negeri sudah menyatakan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan untuk orang bukan Islam didalam kitab suci dan amalan ibadat sebaliknya kalimah Allah hanya untuk orang yang beragama Islam sahaja. "Adakah para ulamak didalam pas tidak menyedari ini? adakah Majlis Syura Ulama tidak menyedari keadaan seperti ini? Jelas ini mengelirukan orang pas dan lebih mengelirukan orang-orang yang bukan daripada parti Pas,"

SUMBER - PAPAGOMO

Sunday, February 24, 2013

MESTI BACA!! NIK AJIS NYANYOK PULA MENGGELARKAN DIRINYA BINATANG...!!!

nik-aziz1

Satu penghinaan, melampau dan keterlaluan itulah antara reaksi yang diterima dari masyarakat terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sebelum ini dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan yang menyamakan penerima bantuan kerajaan seperti haiwan.

Begitulah nilai masyarakat pada pandangan Menteri Besar Kelantan itu yang memberikan perumpaan terhadap usaha murni kerajaan dalam memberi pelbagai bantuan kepada rakyat.

Yang peliknya, sekiranya kerajaan pemerintah pimpinan BN/Umno gagal menjaga kebajikan rakyat, mereka dengan pantas akan mengatakan bahawa kerajaan zalim dan tidak berhati perut. Namun apabila kerajaan berusaha untuk membantu mengurangkan beban rakyat, disamakan pula dengan binatang.

Buat salah, tak buat pun salah. Inilah pendekatan pakatan pembangkang, yang cuba mempengaruhi minda rakyat, kononnya hanya mereka sahaja yang mampu untuk mengurus tadbir kerajaan di negara ini.

Tambah menghairankan, Nik Aziz langsung tidak menyebut pendekatan kerajaan Selangor yang dilihat turut mengunakan pendekatan bantuan kewangan seperti elaun ibu tunggal, elaun tadika, air percuma dan sebagainya. Apakah mereka ini juga boleh dikategorikan binatang?

Itu belum lagi diambil kira terhadap penyokong dan pengikut pakatan pembangkang yang berpusu-pusu hadir ke program penyampaian bantuan oleh kerajaan BN/Umno sebelum ini. Mereka dengan muka toye (sejenis mimik muka yang tidak bermaya, annoying dan bila orang tengok rasa nak lempang) hadir di program penyampaian bantuan walaupun sebelum ini mereka antara yang hebat memaki hamum pemimpin kerajaan dengan pelbagai tuduhan.

Namun itu bukanlah salah mereka, kerana pimpinan pakatan pembangkang sebelum ini telah mendoktrin pemikiran mereka dengan pepatah ‘beri kain ambil, beri duit ambil, tapi bila undi, pangkah pakatan’.

Mereka juga telah menanamkan pemikiran di minda penyokong dan pengikut mereka bahawa ia bukan wang BN/Umno, tetapi merupakan wang rakyat. Oleh itu adalah bukan merupakan satu kesalahan untuk menerima sumbangan tersebut walaupun ia telah diusahakan oleh kerajaan pemerintah.

Penulis tidak berhasrat untuk mengambil berat terhadap kenyataan Nik Aziz ini, kerana rasa hormat terhadap dirinya telah lama hilang. Ia bermula, sejak dia menyamakan Allah dengan samseng, mengatakan tuhan juga mencarut dan pelbagai lagi fatwa songsang dan mengarut suatu ketika dahulu.

Namun penulis hanya merasa kesian terhadap pemuja dan mereka yang taksub terhadap Nik Aziz sambil membayangkan, mereka yang menerima wang pemberian kerajaan BN/Umno ini telah membelanjakan untuk membeli barangan makanan untuk keluarga di rumah.

Hanya kerana kepentingan politik, mereka ini telah disamakan dengan haiwan sedangkan manusia adalah merupakan ciptaan Allah yang Maha Agung lengkap dengan akal dan fikiran berbanding ciptaan lain. Ia selari dengan firman Allah swt di dalam al-Quran :

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” surah al-Tin, ayat 4.

Cuma satu persoalan yang perlu beliau jawab, bagaimana pula dengan pemberian yang diberikan kepada pengundi ketika pilihanraya kecil Galas yang lalu. Apakah ia juga dikira sebagai sumbangan kepada binatang, atau sebaliknya.

Kesimpulannya, Nik Aziz hanyalah merupakan pimpinan politik yang bercakap atas kepentingan parti yang diwakilinya semata-mata. Dan sebagai pemimpin politkik, sudah menjadi lumrah sebarang ‘fatwa’ yang dikeluarkan adalah untuk memastikan kelangsungan parti di dalam pakatan pembangkang.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

Friday, February 22, 2013

GEMPAR..!! TRELER PAKATAN RAKYAT BERTUKAR MENJADI 'OPTIMUS PRIME' UNTUK MENAKLUK PUTRAJAYA..!!!

PAS-Lancar-Treler-Jelajah-01

Tidak hairanlah jika PAS berkeras tidak mahu keluar daripada Pakatan Pembangkang dan seterusnya bergabung bersama UMNO mempertahankan kesucian Islam. Buktinya telah terhidang di hadapan mata seluruh rakyat Malaysia.

Perasmian kenderaan yang bakal digunakan oleh PAS untuk menjalankan kempen yang kononnya dihadiahkan seorang ‘hamba Allah’ serta ditambah dengan wang derma yang dikutip selama ini telah disempurnakan oleh Presiden parti tersebut di hadapan Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut tengahari semalam.

PAS sudah mewah dan mampu menggunakan kenderaan yang baru semenjak bergabung dengan DAP dan PKR yang sememangnya mempunyai pendana sendiri. Treler milik PAS ini telah dilengkapi dengan wi-fi, sistem PA dan janaelektrik tersendiri selain daripada sebuah pentas berukuran 40 kaki x 9 kaki.

Hebat betul Pakatan Pembangkang. Ramai sungguh yang bermurah hati menyalurkan dana kepada parti mereka. Satu ketika dahulu PKR melakukan Jelajah Merdeka Rakyat menggunakan Bas Mewah yang dimiliki oleh si Khalid Gagap, Menteri Besar Selangor.

Kemudiannya bertambah mewah dengan treler yang terpampang gambar Ketua Umum PKR, Anwar Al-Jub. Kemuncaknya Anwar Al-Jub melakukan Jelajah Merdeka Rakyat ke Borneo dengan menaiki jet persendirian yang juga ditaja oleh seseorang.

Tidak lama selepas itu, DAP pula merasmikan treler berpentas mereka yang bertema ‘Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia’. Tidak seperti Anwar  yang gila glamour, DAP tidak meletakkan wajah pemimpinnya melainkan memaparkan gambar maskot burung enggang yang besar.

Justeru, demi wang dan kuasa, PAS merelakan diri mereka diperkudakan oleh DAP dan PKR yang terang-terangan menyokong kebebasan beragama yang boleh digunapakai terhadap umat Islam juga seperti yang pernah diperkatakan oleh Nurul Izzah satu ketika dahulu.

Demi kemudahan menggunakan wang yang banyak daripada pendana untuk menjalankan kempen menghadapi PRU13, PAS sanggup menggadai kalimah Allah yang seharusnya dipelihara kesuciannya daripada tercemar .

Ternyata, PAS kini hanya mementingkan kuasa politik di dunia tanpa rasa bersalah memperdagangkan agama. PAS bukanlah sebenar-benar parti yang berteraskan Islam melainkan menggunakan jenama Islam untuk kepentingan politik sendiri.

Jika dahulu PAS sibuk mengatakan UMNO hanya berjuang demi kuasa politik dan bukan untuk Islam, apa bezanya PAS kini? Mungkin Allah sudah menterbalikkan doa menghancurkan kerajaan zalim BN kepada PAS hingga tertutup hati mereka untuk meninggalkan Pakatan Pembangkang demi Islam.

Umat Islam di Malaysia, janganlah kita turut sama seperti PAS menggadaikan kesucian Islam demi kelangsungan politik. Marilah kita bersama UMNO/BN untuk mempertahankan kesucian Islam dari tergadai ke tangan kafir laknatullah.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

BERITA BAIK PENJAWAT AWAM..!! GAJI + ELAUN PERUMAHAN NAIK..!!!

Gaji Naik 2013 Najib BREAKING NEWS : Kenaikan Gaji Kakitangan Awam 2013 (RM400) 1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik?

Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.

P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….

PP/S : Dalam pada masa yang sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus dengan menurunkan ia kepada satu peratus.

SUMBER - BERITA SEMASA

Thursday, February 21, 2013

'ANU' ANWAR DAH LEMBIK..!! MESTI BACA..!!!

pdf-1-3

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

Wednesday, February 20, 2013

DALAM MINGGU NI KOMPEM PARLIMEN BUBAR???

PARTY FLAGS 04

KUALA LUMPUR: Parlimen mesti dibubarkan pada minggu ini sekiranya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan pada Mac depan.

Sumber berkata, PRU-13 mungkin diadakan pada bulan April walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat gigih untuk memastikan segalanya diselesaikan pada hujung Mac.

Sumber ahli parti berkata, tiga perkara penting yang sedang dilaksanakan dan memerlukan masa seminggu atau dua minggu untuk diselesaikan sebelum Najib boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong bagi mendapat perkenan untuk membubarkan Parlimen.

Beliau mengenal pasti tiga perkara yang belum selesai seperti manifesto Barisan Nasional (BN), senarai calon dan persiapan menyeluruh parti itu.

Difahamkan terdapat beberapa manifesto BN pada pilihan raya kali ini iaitu yang utama bagi negara, satu untuk wanita dan lain-lain untuk golongan muda.

Beberapa negeri penting yang cuba dirampas semula oleh BN turut mempunyai kertas kerja tersendiri yang masih menunggu kelulusan dari Najib.

Bagi senarai calon, Najib menghadapi kesukaran untuk melantik calon Menteri Besar untuk Kedah dan Selangor yang cuba dirampas semula BN.

“Tanpa nama calon MB yang dicadangkan sebelum pilihan raya, Najib akan berdepan kesukaran untuk meyakinkan pengundi bahawa BN serius untuk menawan kembali negeri itu,” kata sumber lagi.

Ibu Pejabat BN hanya mula mengedarkan sepanduk, bunting, beberapa komputer dan peralatan sokongan lain pada minggu ini dan ia mengambil masa selama seminggu untuk diserahkan ke peringkat akar umbi.

Dua hari lalu, Najib berada di Singapura untuk menarik minat pelabur utama ke Johor.

Beliau akan berlepas ke Sarawak pada Rabu hingga Jumaat ini.

Pada Sabtu, beliau akan berada di Kuala Terengganu sebelum berkunjung ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan keesokan harinya.

Najib dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Putrajaya untuk membincangkan mengenai rancangan persempadanan bersama pada 28 Februari ini.

Ini bermaksud ia merupakan tempoh terakhir untuk Najib mengkaji semula isu penting iaitu pada minggu depan, menyebabkan beliau hanya memiliki minggu pertama Mac untuk bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan pihaknya akan mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu untuk mengadakan pilihan raya dan hanya SPR yang boleh menentukan tarikh untuk penamaan calon dan mengundi.

Pada kali ini seperti dijanjikan, tempoh berkempen akan berlangsung sekurang-kurangnya 10 hari dan beberapa laporan menyebut, ia mungkin dilanjutkan sehingga 14 hari terutamanya untuk menyelesaikan undi pos untuk rakyat Malaysia di luar negara dan pasukan keselamatan.

Beberapa pemimpin BN berkata Najib ingin mengelak untuk mengadakan pilihan raya pada 29 Mac hingga 4 April.

Ini kerana, kata mereka, tarikh tersebut jatuh pada cuti Good Friday (29 Mac) dan Easter (31 Mac) manakala Qing Ming (4 April).

Memandangkan 4 April jatuh pada hari Khamis, kebanyakan pengundi Cina memilih untuk membersihkan kubur nenek moyang mereka sepanjang hujung minggu iaitu 6 dan 7 April.

Kebanyakan kaum Cina pulang ke kampung halaman dan pilihan raya pada minggu tersebut mungkin tidak mendapat sambutan.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

Monday, February 18, 2013

KHALID GAGAP TAKDE TELO, TAKUT CITER PASAL BUBAR DUN!!

7a1f84e37f4e5fce0f7ca56b70c7e49a_L

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Isnin cuba mengelak daripada memberikan jawapan berhubung tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikhabarkan akan diumumkan pada minggu hadapan.

Ditanya oleh pemberita pada satu majlis di sini, sama ada beliau telah menemui pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat untuk membincangkan tarikh pembubaran, Khalid hanya berkata ‘strategi pilihan raya dan taktik’ akan dibincangkan.

“Saya akan membuat pengumuman selepas Chap Goh Meh (24 Februari),” katanya selepas mengadakan mesyuarat dengan penjawat awam di sini.

Khalid menambah beliau juga masih belum bertemu dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun). Bulan lalu, Khalid dilaporkan berkata beliau akan membubarkan DUN selepas Chap Goh Meh sekiranya Parlimen tidak dibubarkan.

“Rakyat memberi kita tempoh lima tahun dan saya tidak mahu melebihi daripada tempoh berkenaan,” katanya. DUN Selangor akan terbubar secara automatik pada 22 April.

Khalid berkata walaupun pembubaran DUN merupakan kuasa Menteri Besar dan Sultan Selangor, tempoh dan hari pengundian merupakan bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Selangor sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Sekiranya ia berlaku serentak dengan pilihan raya Parlimen, ia sangat baik dan bagus,” katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Khalid berkata adalah sangat penting bagi kerajaan negeri memastikan kewangan mereka adalah kukuh bagi memastikan mereka tidak meminta peruntukkan daripada kerajaan Pusat.

Rizab tunai kerajaan negeri pada ketika ini adalah RM2.5 bilion berbanding RM500 juta pada 2007, katanya. Ditanya mengenai kewangan yang lemah kerajaan negeri Kedah, Khalid berkata ia mungkin menjejaskan kenyakinan terhadap sistem pentadbiran. Ditanya mengenai kewangan yang lemah kerajaan negeri Kedah, Khalid berkata ia mungkin menjejaskan kenyakinan terhadap sistem pentadbiran.

Terbaru, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah meminta pampasan sebanyak RM100 juta setiap tahun daripada kerajaan Pusat sekiranya mahu aktiviti pembalakan di negeri dihentikan. “Berdasarkan pengalaman saya sebagai seorang tokoh korporat, tidak ramai orang mahu berniaga dengan anda melainkan syarikat anda mempunyai asas kewangan yang kukuh.

“Sekiranya saya umumkan (pembinaan) jambatan Klang ketiga akan dibiayai oleh kerajaan Pusat, hanya ada 1 peratus kerajaan Pusat menyatakan setuju,” kata Khalid.

Ketika membentangkan belanjawan negeri pada tahun lalu, kerajaan negeri mengumumkan bahawa mereka akan memberikan sebanyak RM300 juta bagi membina jambatan ketiga menyeberangi Sungai Klang.

SUMBER - SUARA GENERASI BARU

Saturday, February 16, 2013

TIBAI DEPAN BOLEH, TIBAI BELAKANG PON BOLEH! NUAR JUBO HEBAT!!


      

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

"Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat," kata Nasharudin, yang juga bekas Timbalan Presiden PAS, kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada "Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT" di sini hari ini.

Beliau berkata golongan itu bagaikan satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah di dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Katanya semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Nasharudin berkata wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

"Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik," katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan, katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia bertujuan menyedarkan peserta tentang perlunya menolak golongan ini yang bagaikan virus berbahaya di dalam masyarakat


Sumber - Sinar Harian

Ulasan - BO sangat tertarik dengan isu ini yang semakin hangat diperkatakan. Apa yang boleh disimpulkan, golongan ini adalah golongan yang kufur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Perlakuan seperti ini amat tidak bermoral jika dilihat dari segi agama, masyarakat dan juga ketamadunan dunia sekarang. Isu moral yang sangat kritikal ini perlu diberikan perhatian yang sirius dan perlu dibendung dari peringkat awal. Semua golongan terutamanya ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan dalam membendung gejala tidak bermoral ini. Jadilah manusia yang normal, lumrah semulajadi manusia hidup berpasang-pasangan. Disempurnakan dengan ikatan pernikahan yang sah. Nabi tak mengaku umat beb!

Err..pe la perasaan bersenggama laki ngan laki..serammm!!!

































BO terbaca satu risalah yang diedarkan berkenaan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual

ZAMAN KEJATUHAN KELANTAN


selangor-vs-kelantan


KUALA LUMPUR 15 Feb. – Selangor mengalahkan Kelantan 2-0 dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Shah, hari ini.

Pasukan tuan rumah menjaringkan gol pembukaan menerusi Francis Forkey Doe pada minit ke-12 dan Ramez Dayoub mengukuhkan kedudukan dengan gol kedua pada minit ke-26. – Utusan

Keputusan

Liga Super

Selangor 2 Kelantan 0

Terengganu 2 Perak 0

Liga Perdana

Pos Malaysia 0 Johor 2

UITM 2 Sabah 0

KL 0 SPA Putrajaya 0

NS Betaria 0 Sime Darby 6

Sarawak 1 PDRM 0

Kedah 1 Perlis 2


Sumber- SGB