Thursday, April 4, 2013

Lebih 10 Ribu Mengayuh Basikal Bersama PM...!! Anwar Ibrahim Sibuk Mengayuh Mahasiswa je..!!!

alt

PUTRAJAYA 3 April - Lebih 10 ribu orang berbasikal bersama-sama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program 'Kayuhan Patriotik 1Malaysia @Putrajaya' hari ini.

Program yang berkonsepkan 1Malaysia itu bermula di hadapan Kementerian Kewangan di Presint 2 dan berakhir di hadapan Istana Kehakiman sejauh 12 kilometer (untuk Kayuhan Patriotik) manakala 20 kilometer untuk pengayuh tegar mengelilingi Putrajaya.

alt

Turut bersama-sama dalam program ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Shaberry Cheek, Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Rais Yatim  dan menteri-menteri kabinet yang lain.

Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya ini bertujuan menggalakkan aktiviti kecergasan sebagai cara hidup sihat selain membuka lagi ruang Perdana Menteri untuk mendekati rakyat.

Selain daripada itu, pihak penganjur, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut menzahirkan sikap prihatin mereka terhadap pengorbanan prajurit dalam mempertahankan kedaulatan negara.

alt

Sehubungan dengan itu, 'Tabung Wira Lahad Datu Sabah' digerakkan kepada peserta dan orang ramai bagi meringankan beban anggota keluarga keselamatan yang gugur.

Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya turut mendapat kerjasama Perbadanan Putrajaya, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelancongan, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan Polis Diraja Malaysia.

SUMBER - KLPOS


No comments:

Post a Comment