Friday, April 26, 2013

CIBAI DAP...!! Hudud : DAP Mahu Haron Din Tutup Mulut!!

alt

JOHOR BARU, 25 April - DAP menegur Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din kerana memberi kenyataan mengenai kewajipan pelaksanaan hukum Hudud sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah, sebagai pendiriannya.

Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau berkata kenyataan Dr Haron itu akan memberi kesan kerana kedua-dua parti akan memberi reaksi balas dalam isu berkenaan.

Beliau berkata Dr Haron sepatutnya berunding dengan Pengerusi DAP, Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang atau Setiausaha Agung, Lim Guan Eng sebelum membuat kenyataan sedemikian.

Dr Boo berkata kenyataan pemimpin berkenaan mengenai Hudud tidak menggambarkan pendirian DAP kerana ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat telah mempunyai polisi bersama serta manifesto mereka yang telah diumumkan sebelum ini.

Sebelum itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam ceramahnya di Arau berkata, hukum Hudud adalah asas perjuangan PAS dan tidak boleh diubah, oleh itu PKR dan DAP harus bertolak ansur dengan kehendak PAS.

Di Kota Baharu, Nik Abdul Aziz berkata, Pas tetap akan melaksanakan hukum hudud jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum 5 Mei.

Sementara itu, Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menegaskan DAP tidak akan berganjak sama sekali daripada pendirian mereka untuk menolak perlaksanaan Hudud.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga menegaskan bahawa undang-undang itu tidak akan dilaksanakan di Selangor. Beliau berkata hukum Hudud tidak boleh dilaksanakan tanpa mendapat persetujuan seluruh rakyat Malaysia serta rakyat Selangor khususnya.

SUMBER - KLPOS

No comments:

Post a Comment