Tuesday, March 12, 2013

GEMPAR..!! NUAR JUBO JADI HERO MALAYA..!!! MR. MANSUH HEBAT!!



KUALA LUMPUR 10 Mac - Video animasi pendek bertajuk 'Mr. Mansuh' yang menggambarkan seorang pemimpin pakatan pembangkang sebagai watak 'super hero' kini menjadi perbualan hangat masyarakat.

Video tersebut yang dimuat naik sejak minggu lalu ditonton sebanyak 22,556 kali di laman sosial YouTube.

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

Janji itu termasuk memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), tol dan menurunkan harga petrol serta mengajak rakyat mengadakan rusuhan jalanan.

Video animasi itu boleh ditonton melalui http://www.youtube.com/watch?v> Tse1vXSAq64 serta menerusi pelbagai tajuk lain yang dimuat naik di laman tersebut.

Sementara itu, seorang penonton yang menggunakan nama Uciha Maxwel dalam ulasannya berkata, video tersebut memberi peringatan supaya rakyat tidak memilih pembangkang.

Seorang lagi penonton, Ezratribe pula secara sinis menyatakan 'sokongan' terhadap segala janji pembangkang seperti dipapar menerusi video tersebut.

"Haha... Suka. Mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mansuhkan kalimah Allah hanya untuk Islam, mansuhkan bendera Malaysia, mansuhkan PTPTN, mansuhkan Sabah, mansuhkan Proton & dasar automotif negara.

"Mansuhkan tol, mansuhkan sistem beraja, mansuhkan harga minyak, mansuhkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), mansuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, mansuh akta kerahsiaan dan perbankan.

"Mansuhkan perbelanjaan pertahanan, mansuhkan media pro Barisan Nasional (BN), mansuhkan anti LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender), mansuh anti Israel. Mr. Mansuh, real hero (hero sebenar)," katanya.

SUMBER - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment