Thursday, March 21, 2013

NIK AJIS JADI BALACI DAP...!!!


Beberapa poster yang menunjukkan gambar Nik Aziz bersama lambang undilah DAP dikesan di beberapa negeri pentadbiran Pakatan. Ini dapat disimpulkan sebagai usaha terakhir DAP untuk menarik sokongan orang melayu sebelum tiba tarikh Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal menjelang.

Usaha DAP ini dilihat sebagai satu perbuatan yang merendah-rendahkan imej Nik Aziz dikalangan orang melayu. Ia sekaligus menunjukkan bahawa Nik Aziz dan Pas hanya dipergunakan oleh DAP bagi mencapai matlamat parti tersebut untuk memonopoli undi didalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, Pas dilabelkan sebagai budak suruhan didalam gabungan Pakatan pembangkang tersebut. Pas seringkali dipergunakan bagi "mencuci" segala "dosa" yang dilakukan oleh PKR dan juga DAP.

Pas juga dikecam oleh sebilangan ahlinya sendiri kerana terlalu lemah bila berhadapan dengan dua rakan sekutunya tersebut.

Ini diparahkan lagi dengan beberapa pemimpin Pas seperti Hasan Ali dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang keluar parti akibat dari tak bersetuju dengan beberapa keputusan DAP serta PKR.

Kini hujah bekas pemimpin-pemimpin Pas bahawa parti Islam tersebut sedang dikeldaikan oleh DAP telah terbukti.

Jika gambar Nik Aziz sendiri dijadikan alat untuk mempengaruhi undi melayu kepada parti chauvinis tersebut, maruah Pas ternyata telah hilang sebagai parti melayu kedua terbesar didalam negara.

No comments:

Post a Comment