PETALING JAYA 8 Mac : Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua hari ini menyalahkan akhbar rasmi partinya, Keadilan Daily, yang menyalahertikan kenyataan beliau berkenaan anggota polis yang terkorban di Lahad Datu.
Menurut Tian Chua, kenyataannya pada Jumaat lalu dalam akhbar tersebut adalah luar konteks sebenar dengan mendakwa kejadian menembak tersebut adalah konspirasi UMNO untuk mengambil perhatian orang awam.
"Saya telah dihubungi oleh wartawan untuk memberi komen tentang pencerobohan di Lahad Datu apabila kejadian tersebut mula disiarkan di akhbar asing.
"Saya menyatakannya dengan jelas tentang perkara tersebut. Ketika itu tidak dapat dipastikan (polis terbunuh) kerana terdapat 'media blackout' (penapisan media) di sini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Ahli Parlimen Batu itu turut menafikan bahawa telah menghina pasukan keselamatan yang melindungi negara di Lahad Datu dan akan menyerahkan perkara tersebut kepada mahkamah untuk membersihkan namanya.
"Tuduhan bahawa saya telah menghina pasukan keselamatan adalah fitnah dan merupakan pembohongan yang berniat jahat."
"Saya menghormati pasukan keselamatan mempertahankan negara dan bersimpati dengan orang-orang yang meninggal dunia dalam menjalankan tugas yang sangat mencabar itu," katanya lagi
Dalam pada itu, Tian Chua memberi tempoh selama 24 jam kepada 'bloggers' untuk menghentikan tuduhan keatas beliau yang mendakwa kematian anggota pasukan keselamatan sebagai 'mati katak' (kematian sia-sia).
SUMBER - KLPOS
No comments:
Post a Comment