Angkatan penceroboh di Lahad Datu diketuai oleh Sultan Jamalul Kiram ke - 3 yang mendakwa dirinya sebagai waris Kusultanan Sulu dipercayai mendapat pembiayaan kewangan untuk menceroboh Sabah.
Presiden Filipina Begino Aquino yang dipetik daripada Malaya - Business Inight sebagai berkata, Kiram tidak mampu untuk membayar kos rawatan penyakit buah pingangnya apatah lagi mebiayai kos pencerobohan yang memerlukan kos besar untuk membeli pelbagai kelengkapan.
"Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian ini.
"Jadi dimana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan,"katanya.
Tambah Aquino, Kiram sebelum ini mendapat bantuan daripada Pejabat Kebajikan Filipina bagi membayar kos rawatan sesi dialisis bagi penyakit buah pinggang yang dialaminya.
Dalam pada itu, beliau akan mengheret penyokong bekas Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo dan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam mencetuskan insiden pencerobohan di Sabah ke muka pengadilan.
"Kerajaan tahu mengenai identiti mereka manakala yang lain masih tidak diketahui," ujarnya.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas sekiranya Arroyo dan bekas Penasihat Keselamatan Nasional Norberto Gonzales serta ketua pembangkang Malaysia turut terlibat dalam siasatan tersebut.
Ujar Aquino, tindakan ketenteraan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah wajar dalam menangani krisis tersebut.
"Jika situasi terbalik dan kumpulan bersenjata menceroboh Filipina, kerajaan kita juga akan menggunakan pendekatan yang sama dalam memastikan keselamatan warganegara," katanya lagi.
SUMBER - PAPAGOMO
No comments:
Post a Comment