LAHAD DATU 7 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini tiba di Felda Sahabat, Lahad Datu untuk menijau sendiri perkembangan Op Daulat yang sedang berlangsung bagi mendapatkan informasi susulan tentang kejadian yang berlaku di Sabah itu.
Menurut Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kedatangan Perdana Menteri akan menyuntik semangat baru kepada anggota keselamatan negara yang menjalankan operasi tersebut sejak 3 hari yang lalu.
"Kalau diikutkan kehendak Perdana Menteri, sejak hari pertama lagi beliau sudah mahu turun ke sini.
"Secara peribadi saya dan Zahid cukup menunggu kehadiran beliau. Sebelum ini kami hanya menghubungi perdana menteri melalui telefon dan hari ini beliau sendiri turun untuk melihat sendiri keadaan di lapangan," katanya. kepada pemberita dalam sidang media pagi tadi. Turut hadir dalam sidang media itu Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Najib yang berpengalaman sebagai Menteri Pertahanan sebelum ini pernah meninjau keadaan di 'ground zero' di beberapa negara seperti Bosnia Herzegovina Timor Leste, Lubnan dan yang terakhir ke Gaza.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, kedatangan Perdana Menteri juga akan meninjau kelengkapan logistik yang digunakan tentera Malaysia dalam operasi ini.
SUMBER - KLPOS
No comments:
Post a Comment