Thursday, March 7, 2013

KECANGGIHAN TEKNOLOGI KETENTERAAN MALAYSIA..!! RAKYAT MALAYSIA PERLU TAHU..!!

download

OPERASI Daulat atau Ops Daulat yang dilancarkan ketiga-tiga cabang dalam Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis semalam, merupakan satu sejarah baru dalam bidang peperangan di negara kita.

Walaupun pesawat pejuang pernah digunakan untuk mengebom kedudukkan pengganas komunis semasa era insurgensi dahulu tapi di era moden ini, inilah kali pertama pesawat pejuang canggih negara seperti FA 18D Hornet dan Hawk 208 digunakan untuk menghapuskan ancaman musuh.

Disamping itu, penggunaan pertama kali bom panduan laser atau biasa dipanggil Laser Guided Bomb (LGB) ini merupakan satu catatan baru dalam sejarah dalam bidang ketenteraan negara kita.  Bom LGB Paveway seberat 500 paun yang digunakan semalam sebetulnya baru diperolehi pada 2011 dari syarikat Lockheed Martin, USA.


Bom ini sebenarnya tidak mampu memandu dirinya sendiri ke arah sasaran tanpa bantuan Ground LaserTarget Designation (GLTD).  GLTD ini biasanya hanya dioperasikan oleh pasukan khas tentera udara, PASKAU yang perlu masuk ke dalam kawasan musuh untuk menandakan sasaran.


Dalam erti kata lain, sasaran tidak ditanda secara rawak sehingga ia boleh tersasar seperti yang didakwa ketua lanun Sulu, Azzumudie Kiram kepada abangnya, Jamalulail Kiram, setengah jam selepas serangan udara bermula pada 4 Mac 2013.

Hanya kerana ia tidak mengenai dan membunuh lanun-lanun Sulu tersebut, tidak bermaksud bom itu tersasar.  Bom itu tdak tersasar, cuma sasarannya bukan lanun Sulu seperti jangkaan Azzumudie.  Atau mungkin juga sasarannya mengena dan semua lanun berkenaan hancur berkecai sehingga sukar dikenal pasti.

Persoalan ini bagi menjawab persoalan ramai, pihak kenapa setakat ini pasukan keselamatan hanya berjaya menjumpai mayat 12 lanun Sulu yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan Komando VAT69 pada Jumaat lepas, yang turut mengorbankan 2 anggota mereka dan mencederakan 3 yang lain.

Ingat, proses menggeledah oleh pasukan khas keselamatan dari rumah ke rumah, masih belum selesai dan sama-samalah kita berdoa agar semua lanun-lanun terbabit mati dan tidak menyusahkan lagi rakyat negara kita.

Amin.



3 comments:

  1. Maaf baru sekarang baca artikel ini. Sebenarnya bom itu tidak tersasar dn bkn pilot TUDM tidak cekap. Bom itu memerlukan ground mark. Apabila dilancadkan dari F18 D Hornet maka selepas itu bom itu akan menuju ke sasaran yg ditansa bom jenis ini blh dikatakan fire and forget bg pilot. Jika penanda di daraf tidak tepat ke sasaran maka itu bukan slh pilot atau bom atau pesawat tp penanda yg tersasar. Mungkin itu strategi sengaja tidak meletakan sasaran dgn tepat mungkin bom itu mempunyai radius membunuh tanpa perlu meletakkan sasaran dgn tepat. Itulah teknologi canggih. Sebenarnya Malaysia hanya inign show off power pd jiran2nya yg kita mempunyai apa yang kita ada. Show off power itu lbh ditujukan pd Philipina dn Indonesia bahawa kita bersedia jika kita diceroboh kita sedia bertindak balas dn kita blh lakukan...Paveway laser guided bom hanyq ada pd Singapore,Malaysia dn Thailand mungkin. Indonesia dn Philipina tidak mempunyai laser guided paveway bomb

    ReplyDelete
  2. Semasa insiden Lahad Datu juga Malaysia telah menerima sokongan dari UK utk lakukan apa sahaja tindakan tanpa sebarang sekatan dalam pengunaan senjata atau aiecraft dn UK juga telah dengan tegas memberi arahan jangan campur urusan Lahad Dstu biar Malaysia selesaikan jika Malaysia tidak dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat maka British back policy will switch ON. That's why uncle Sam xbyk comments bila bom dn pesawat mereka digunakan dn mereka juga spt mempromosi pesawat F18 dn dlm rangka melobi F18 Super hornet F18 Block II atau Advance F18 Super bug atau F18 Growler pd Malaysia. Selepas amaran tegas diberi oleh British maka mereka akan dtng jika ada campurtangan luar maka Indonesia dn Philipina dgn segera menyatakan pemdirian mereka tidak mahu campurtangan isu dalaman Malaysia dn mereka tidak terlibat maka tinggal pemganas Sulu bersendirian menghadapi bala tentera dn Malaysia.Apakah Malaysia akan ditekan utk membeli Super Hornet selepas ini kita tunggu dn lihat mungkin 2 jenis aircraft akan dibeli utk ganti F5E dn Mig29n iaitu F18 ADVANCE mingkin 16 number dn 8 unit Typhon. US dn UK hanya menutup mulut pengunaan over act Malaysia krn mereka juga melakukan perkara yg sama di Afghanistan,Iraq,Libya dn di Veitnam iaitu pengunaan gas oren maka Malaysia diberi green light utk guna apa shj dari segi politik sdh tentu IS xmahu melihat Malaysia akan berpaling pd Russia utk kelengkapan tentera dn tdk mahu Malaysia lbh rapat dgn China maka US dn Uk menyokong tindakan Malaysia . Maka Indonesia dn Philipina membisu seribu bahasa...Indonesia pernah dikenakan sekatan senjata krn mengunakan F16 dn Hawk mengebom Pemisah GAM dn Papua tp Malaysia gunalah apa shj hehehe
    .

    ReplyDelete
  3. Semasa insiden Lahad Datu juga Malaysia telah menerima sokongan dari UK utk lakukan apa sahaja tindakan tanpa sebarang sekatan dalam pengunaan senjata atau aiecraft dn UK juga telah dengan tegas memberi arahan jangan campur urusan Lahad Dstu biar Malaysia selesaikan jika Malaysia tidak dapat menyelesaikan dalam masa yang singkat maka British back policy will switch ON. That's why uncle Sam xbyk comments bila bom dn pesawat mereka digunakan dn mereka juga spt mempromosi pesawat F18 dn dlm rangka melobi F18 Super hornet F18 Block II atau Advance F18 Super bug atau F18 Growler pd Malaysia. Selepas amaran tegas diberi oleh British maka mereka akan dtng jika ada campurtangan luar maka Indonesia dn Philipina dgn segera menyatakan pemdirian mereka tidak mahu campurtangan isu dalaman Malaysia dn mereka tidak terlibat maka tinggal pemganas Sulu bersendirian menghadapi bala tentera dn Malaysia.Apakah Malaysia akan ditekan utk membeli Super Hornet selepas ini kita tunggu dn lihat mungkin 2 jenis aircraft akan dibeli utk ganti F5E dn Mig29n iaitu F18 ADVANCE mingkin 16 number dn 8 unit Typhon. US dn UK hanya menutup mulut pengunaan over act Malaysia krn mereka juga melakukan perkara yg sama di Afghanistan,Iraq,Libya dn di Veitnam iaitu pengunaan gas oren maka Malaysia diberi green light utk guna apa shj dari segi politik sdh tentu IS xmahu melihat Malaysia akan berpaling pd Russia utk kelengkapan tentera dn tdk mahu Malaysia lbh rapat dgn China maka US dn Uk menyokong tindakan Malaysia . Maka Indonesia dn Philipina membisu seribu bahasa...Indonesia pernah dikenakan sekatan senjata krn mengunakan F16 dn Hawk mengebom Pemisah GAM dn Papua tp Malaysia gunalah apa shj hehehe
    .

    ReplyDelete